CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 16, 2012

SARANG BURUNG DAN KOLAGEN


 


Tiada satupun sistem anti-penuaan boleh menjadi efektif tanpa bekalan kolagen dalam badan. Badan anda tidak boleh dapatkan kolagen daripada makanan harian. Dengan mengambil Birds Nest with Collagen, ia tidak perlu dihadamkan seperti makanan bahkan kolagennya tersedia dalam bentuk cecair ringkas yang mana secara langsung diserap dan digunakan oleh badan.

Kolagen tumbuh tumbuhan, biasanya protein soya mempunyai struktur yang lagi panjang dan berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu ia lebih sukar untuk menyerap ke dalam badan manusia. Setiap sudu Birds Nest With Collagen mengandungi 150 miligram (0.15 g) kolagen ikan salmon berkualiti premium dari Jepun. Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari.
Bagi ahli sukan dan pekerja buruh kasar, keperluan tersebut berganda kepada 50mg setiap hari. Tahukah anda bahawa dalam satu sudu Birds Nest With Collagen terdapat 150mg protein?Kebanyakkan pakar nutrisi mendakwa bahawa setiap kali kita mengambil sesuatu makanan, 14% sahaja yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, mereka akan mencadangkan pengambilan sesuatu makanan digandakan kepada 7 kali. Jika kita mengambil satu sudu Birds Nest With Collagen setiap hari yang memerlukan 20mg sehari, maka 14% daripada satu sudu ialah 21mg. Ini sudah memadai dengan keperluan tubuh kita.

Beberapa jam yang pertama bila kita tidur, kita akan memasuki fasa Tidur Alpha. Ketika itu, kelenjar pituitari [sistem endokrin] melepaskan Hormon Tumbesaran Manusia (HGH) ke dalam saluran darah dan kita akan memasuki ‘repair mode’ – rejuvenasi, membaikpulih dan penggantian sel dalam badan. Kolagen adalah bahagian penting dalam pembikinan (sintesis) protein. Bila dalam badan terdapat kedua dua HGH dan kolagen, badan boleh mensintesis semua protein yang diperlukan, bukan hanya lakukan kerja ‘penting supaya badan dapat bertahan hidup’, tetapi juga kerja yang kurang penting seperti pembinaan semula kulit, menguatkan keanjalan kulit, tulang dan serta menormalkan sistem imun. Bermakna, apabila dapat bekalan kolagen, badan mula mencuba dan melakukan semua kerja yang berlaku semasa kita muda dan sedang membesar.

 Anti-Radangan, Kelegaan Sakit, Kesihatan Sendi

Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 10 hingga 20 miligram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis. Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan.

Pengurusan Berat Badan

Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih ‘kukuh’ dan menarik. Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.

Kuku & Rambut


Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut.

Kolagen untuk melawan penuaan

 
Kolagen adalah protein anti-penuaan. la memulihkan keanjalan dan elastian kulit, menurunkan garisan halus dan kedut. Tetapi bila kolagen tidak mencukupi, pembaikpulihan yang kurang penting tidak dilaksanakan. Bagi mereka yang semakin naik usia [di mana kolagen semakin kurang], kerja pembaikpulihan seperti kerema-jaan kulit terpaksa diabaikan. Ini adalah penyakit yang kita panggil PENUAAN. Tanpa kolagen yang mencukupi kulit dan badan anda adalah tua, tidak kira berapapun usia anda. Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen mengekal dan juga mengemba-likan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda. Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan pembedahan ‘face-lift’

0 comments:

Post a Comment